FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU 
MELAKA

E-FOLIO PENGAJIAN MALAYSIA

DUB 1012

AHLI KUMPULAN:

MOHAMAD FADHILAH BIN MOHAMAD YUSOF
02DTM18F1069

MUHAMMAD ILYAS BIN ZAINUDDIN
02DTM18F1041

MUHAMMAD HELMIE SYAFIZAL' BIN MOHD TERMIZI
02DTM18F1075

MUHAMMAD SYAZWAN BIN SALIM
02DTM18F1090

NUR IMAN MADANI BIN RUSALAN
02DTM18F1105

MUHAMMAD AFWAN BIN ZAINAL ABIDIN
02DTM18F1108

HUZAIRI BIN HUSIN
02DTM18F1126

TAJUK: TERANGKAN FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

JABATAN : TEKNOLOGI MAKANAN

PROGRAM : DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN

KELAS : DTM1B

PENSYARAH : EN KAMAL HISAM BIN ABDUL HALIM



ISI KANDUNGAN

*PENGHARGAAN*
*PENDAHULUAN*
*ISI DAN HURIAN*
*PENUTUP*
*RUJUKAN*
*LAMPIRAN*




PERHARGAAN

         Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya dapat menyempurnakan tugasan bagi subjek pengajian malaysia ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “factor-faktor perkembangan islam di zaman kesultanan melayu melaka. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu, En Kamal Hisam bin Abdul Halim kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.




PENDAHULUAN

         Seawal abad ke-15, Islam telah mula bertapak di Melaka. Sultan Megat Iskandar Shah merupakan sultan yang pertama memeluk agama Islam. Baginda juga merupakan putera kepada Parameswara. Sejak pada itu, Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Selain itu, Islam dijadikan sebagai agama rasmi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456). Baginda juga memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor perkembangan Islam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Antaranya ialah faktor perkahwinan, faktor perdagangan, faktor penaklukan dan politik, faktor peranan ulama' dan ahli sufi dan lain-lain.    Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara pada sekitar tahun 1400.Apabila Parameswara telah Berjaya membentuk Melaka baginda telah menyusun strategi seperti sistem pemerintahan yang teratur, menjadikan Melaka Bandar pelabuhan, hubungan diplomatik serantau dan antarabangsa diwujudkan. Melalui konsep ‘ikatan daulat’ baginda telah berjaya membangunkan Melaka bersama-sama dengan pembesar yang lain, bantuan orang Laut, orang Melayu, dan orang Asli. Melaka telah menjadi sebuah Negara Islam setelah Parameswara memeluk Islam pada 1409 dengan menggunakan gelaran Sultan Iskandar Syah.Kegemilangan Melaka terus dilakukan oleh pemerintah selepas Sultan Iskandar Syah terutamanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah. Kesultanan Melayu Melaka ini telah berjaya bertahan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas kepada Portugis pada tahun 1511 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah.




ISI DAN HURIAN

    Sebelum keatangan islam di Melaka, masyarakat melayu mempercayai kepercayaan seperti animism dan hindu - Buddha. Kehidupan mereka penuh dengan unsur tahyul dan karut . Sebaliknya, kedatangan islam telah menukarkan perseptif kerajaan Melaka. Islam merupakan sebuah agama yang sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Islam berteraskan aqidah, ibadah, syariah dan akhlak. Agama islam mudah diterima dan difahami oleh seluruh masyarakat Melaka. Salam segi aspek social ,islam menegaskan tiada perbezaan darjat dan orang yang bertaqwa sahaja yang mulia di sisi Allah S.W.T. islam sintiasa menanamkan sifat-sifat terpuji dan megelakkan sifat tercela. Dari aspek ekonomi, islam mengharamkan menipu dan melakukan riba sebaliknya sebaliknya islam mempunyai peraturan tertentu yang berlandaskan islam seperti mu’amalat, zakat dan sebagainya. Dari segi aspek politik, islam menggalakkan umatnya berlaku adil dan tidak mengambil rasuah. Islam mempunyai tarikan yang kuat kepada rakyat Melaka yang sebelum ini mempunyai kefahaman hindu yang agak rumit.


Perdagangan

           Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara melalui. Perdagangan.. Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara amat penting sekali. Para Pedagang dari Arab, India dan Parsi telah menumpukan kegiatanPerdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 Iagi.Kebanyakkan ahli sejarah barat juga berpendapat agama Islam diperkenalkan di Nusantara melalui perdagangan. Pendapat ini berasaskan kepada tiap-tiap pelabuhan terdapat penduduk-penduduk yang beragama Islam. Contohnya di Melaka dan di Aceh yang merupakan pusat-pusat perkembangan Islam di samping pusat-pusat perdagangan di Nusantara. Di pelabuhan-pelabuhan tadi terdapat jawatan Shahbandar yang berfungsi menghubungkan sultan-sultan yang memerintah dengan pedagang-pedagangyang berdagang, sama ada dari dalam atau luar negeri.


      Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan . Setelah Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama. Akhirnya kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.
Brunei telah menerima agama Islam melalui perhubungan yang rapat dengan pedagang-pedagang Islam. Pedagang-pedagang Jawa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Melaka telah kembali menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Aceh setelah jatuhnya Kerajaan Melaka pada tahun 1511 Masehi. Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri. Mereka suka dan tertarik hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada Perdagangan yang dibawa oleh saudagar tersebut.

       Melaka juga menjadi pusat pengajaran Islam di Nusantara. Ini dapat dibuktikan dari Melakalah Islam berkembang ke Pulau Iawa. Ahli-ahli perniagaan Jawa beramai-ramai datang ke Melaka dan di samping menjalankan perniagaan. ada di antaranya menerima Islam. Sekembalinya mereka ke Jawa, saudagar-saudagar tadi berusaha memperkenalkan Islam di Jawa. Akhirnya atas usaha saudagar-saudagar tadi, Islam telah berkembang di Jawa. Lantaran itu ramai yang berpendapat Jawa diislamkan oleh Melaka.

     Teori bagaimana Islam disebarkan ke alam Melayu telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana Barat. Teori yang tertua sekali menyatakan bahawa agama Islam disiarkan ke alam Melayu melalui saluran Perdagangan seperti yang telah dikemukakan oleh Tom Pires pada tahun 1515. Teori ini menyatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu dilakukan secara aman oleh pedagang-pedaganyang tinggal di beberapa tempat dan berkahwin dengan wanita-wanita setempat. N. Krom berpegang kepada pendapat yang sama dan beliau menekankan tentang persamaan di antara proses islamisasi dengan proses penyebaran agama Hindu di alam Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Beliau juga berpendapat bahawa penyebaran agama Islam itu dilakukan oleh pedagang-pedagang Islam. Y.H. Kern juga berpegang kepada teori yang sama dan menambah bahawa, apabilapeniaga-peniaga yang kaya telah berkahwin dengan keluarga pemerintah setempat, sedikit demi sedikit mereka dapat menguasai politik negeri berkenaan.

       Menurut catatan China pula,pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Selain menjadiperdagangan, saudagar-saudagar tersebut juga menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada di antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah yang berkhidmat secara langsung dengan mengizinkan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Dengan cara ini Islam dengan cepat tersebar di Nusantara.



Perkahwinan

       Perkahwinan merupakan faktor utama dalam perkembangan Islam di Nusantara. Ramai saudagar-saudagar luar, sama ada dari Arab atau India yang beragama Islam telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan atau puteri-puteri raja.  Antara saudagar-saudagar terdapat yang menjadi hartawan. Melalui hadiah-hadiah dan pengaruh, mereka dapat berkahwindengan puteri-puteri tempatan.

      Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Malahan, ada saudagar-saudagar yang dapatberkahwin dengan puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Melaka. Perhubungan keluarga teIah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri. Selepas perkahwinan, saudagar-saudagar tadi memperkembangkan agama Islam pada isterinya, keluanga isterinya dan seterusnya pada masyarakat tempatan amnya. Proses yang sama akan berlaku yang berakhir dengan seluruh keluarga diraja tersebut memeluk agama Islam. Sudah menjadi tabiat masyarkat Melayu akan mengikut apa yang dilakukan oleh raja-raja dan golongan bangsawan, jadi bila raja-raja dan pembesar-pembesar menerima Islam, amat mudah dan cepat Islam berkembang di kalangan rakyat bawahan.

       Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan  antara raja sesebuah negara dengan puteri raja dari negara yang lain. Proses ini biasanya dipanggiI perkahwinan siasah. Langkah ini turut membantu penyebaran Islam ke sesebuah negara. Umpamanya perkahwinan Puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar ke Melaka. Putera Parameswara yang beristerikan dengan puteri Sultan Pasai yang beragama Islam telah ditauladani oleh pengikut-pengikut dan rakyatnya kerana hendak mendapat limpah kurnia daripada pemerintah dan daripada pergaulan hidup bermasyarakat.  Sebagaimana yang diketahui Melaka mempunyai tanah jajahan takluk yang luas.

        Melaka berfungsi sebagai pusat perkembangan agama Islam memain peranan utama mengembangkan Islam di tanah-tanah jajahan takluknya seperti ke Siak, Inderagiri, Rokan, Pahang, Perak dan lain-lain. Pada lazimnya penkahwinan sering dilakukan di antara putera-puteri Melaka dengan putera-puteri tanah-tanah jajahan tadi. Jadi, putera-puteri Melaka yang beragama Islam bila berkahwin dengan putera-puteri lain sudah pastilah akan memeluk agama Islam terlebih dahulu. Dengan pemelukan Islam oleh raja-raja tempatan tadi dengan mudah Islam berkembang di kalangan rakyat bawahan.Schrieke juga turut menekankan bahawa perkahwinan peniaga Islam yang kaya dengan keluarga diraja setempat telah menjadi faktor utama dalam penyebaran Islam ke seluruh alam Melayu. Walau bagaimanapun, sukar untuk menunjukkan bukti tentang pengislaman yang dilakukan secara besar-besaran di sesuatu daerah tertentu. Hubungan perkahwinan selalunya membawa pengislaman bagi jumlah yang kecil sahaja. 

       Faktor ekonomi dan sosial menjadi pendorong yang besar ke arah kepesatan berkembangnya agama Islam di kawasan ini. Brunei telah menerima agama Islam melalui perhubungan yang rapat dengan pedagang-pedagang Islam. Pedagang-pedagang Jawa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Melaka telah kembali menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Aceh setelah  jatuhnya Kerajaan Melaka pada tahun 1511 Masehi. Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri. Mereka ini suka dan tertarik hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada perdagangan yang dibawa oleh saudagar tersebut. Mereka kahwinkan puteri-puteri bangsawan dan puteri-puteri orang besar mereka untuk mengekalkan saudagar-saudagar tersebut di tempat itu dan untuk mendapatkan faedah ekonomi. Dengan cara perkahwinanini maka keluarga-keluarga yang terlibat dalam perkahwinan itu dengan sendirinya memeluk agama Islam.



Kesusasteraan

     Kesusasteraan  juga telah menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Asia Tenggara. Dengan kedatangan Islam, masyarakat Nusantara telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan utama. Dengan adanya satu bahasa, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan Jawi. Hasil-hasil sastera Melayu ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini memudahkan para ulama dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan Jawi. Di zaman keagungan Melaka dan Acheh, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan mereka. Pelbagai bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindam telah mempengaruhi bahasa Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orang Melayu terhadap ajaran Islam.


      Di samping ajaran agama Islam, terdapat hasil-hasil sastera Islam berdasarkan kepada cerita-cerita nabi, perwira-perwira Islam dan lain-lain disebarkan oleh bijak pandai Islam ketika itu. Jadi pengaruh agama Islam tersiar dengan meluas di Nusantara dan berjaya dijadikan satu pegangan yang teguh dan kuat sehingga mengkagumkan mubaligh-mubaligh Kristian yang gagal menjalankan usaha-usaha mereka di Nusantana.

     Beberapa tokoh karyawan dan ulama Iuar serta tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun terjemahan dan saduran. Sebahagian besar daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya begitu diminati oleh orang-onang Melayu. Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacanya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang kesusasteraan. Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai tokoh sastera seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan ke seluruh jajahan takluk dan hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Nusantara.



Perluasan Kuasa Dan Politik

      Dua buah negara yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui usaha penaklukan ialah Melaka (pada abad ke-15) dan Acheh (pada abad ke-16 dan 17). Di zaman keagungannya, Melaka telah menakluki banyak daerah dari negeri di Semenanjung dan juga Sumatera seperti Pahang, Kedah, Siak, Rokan dan lain-lain Iagi. Melalui penaklukan ini, Islam telah disebarkan ke negeri-negeri tersebut. Kebiasaannya, raja di sesebuah negeri yang ditawan tidak sukar diislamkan kerana secara sukarela mereka menerima Islam sebagai satu Iangkah untuk mendapatkan layanan yang baik dari pemerintah negeri yang menawannya. Pengislaman raja sesebuah negeri biasanya diikuti oleh rakyat. Ini sudah tentu menambahkan bilangan orang yang menganut agama Islam. Di zaman kekuatan Melaka dan Acheh dahulu, melalui naungan yang diberikan terhadap tanah-tanah jajahannya, ia telah menyelamatkan negeri-negeri tersebut dari jatuh ke tangan kuasa-kuasa Kristian.

      Sarjana Barat, Van Leur mengemukakan teorinya yang mengatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu disokong oleh situasi politik dan juga motif politik. Melaka dikatakan menganut agama Islam kerana bermaksud mendapat sokongan pedagang-pedagang Islam. Hal yang sama juga dikatakan dilakukan oleh kerajaan-kerajaan di pesisir kepulauan Indonesia. Negeri-negeri itu menganut agama Islam untuk mengelak dari pengaruh kerajaan Majapahit. Kerajaan-kerajaan Islam yang baru, menuntut sokongan orang Islam untuk mempertahankan kerajaan mereka yang bercorak Islam. Kerajaan--kerajaan ini mengharapkan pertumbuhan aktiviti perdagangan dengan sokongan dari pedagang-pedagang Islam. Van Leur cuba menumpukan faktor-faktor politik dan ekonomi yang menjadi dorongan kuat untuk kerajaan Melayu menganut agama Islam.



Ajaran Islam Yang Mudah Difahami


     Orang melayu secara beramai-ramai suka rela memeluk Islam adalah disebabkan ajaran yang elok dan keadilan sejagat yang menghapuskan sistem kasta dalam umat manusia yang dibawa oleh Islam.

      Keadilan dan kebebasan yang tidak membezakaan warna kulit dan darah keturunan, menarik minat mereka dalam menghapuskan jurang pemisah dalam serata masyarakat ketika itu.
      Islam menekankan cara pergaulan yang baik, cara berpakaian, makan dan sebagainya.
      Ajaran Islam menganjurkan kebersihan dari kesucian jasmani dan rohani, ia diaggap sebahagian dari iman.
       Aspek ajaran Islam itu lebih mudah telah menyebabkan agama Islam akhirnya dapat mengatasi perkembangan  agama Hindu.


PENUTUP

    Setelah penerangan yang panjang lebar di atas berdasarkan kepada faktor faktor yang telah dikumpul, maka dapat disimpulkan bahawa agama islam berkembang dinusantara bukanlah disebabkan faktor tertentu. Antara sebabnya ialah perdagangan. Juteru pemelukanagama islam dikalangan para pembesaran dan raja merupakan pemangkin perkembangan agama islam di nusantara memandangkan sifat masyarakat melayu itu sendiri yang taat kepada raja, menyebabkan mereka turut memeluk agama islam. Pada masa yang sama perkhawinan turut menyumbang kepada faktor islam di nusantara . pada penghujung kurun yang keempat belas yang berlaku juga menyebabkan masyarakat melayu mudah menerima islam. Kesemua ini berkait rapat dengan corak maritime kawasan nusantara yang mudah menerima pengaruh agama melalui kawasan persisiran selat Melaka.



RUJUKAN

Buku Teks Pengajian Malaysia

  https://www.google.com.my/search?q=peta+melaka+zaman+kesultanan+melayu+melaka&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=IvzmVJnIJYbhuQTJuIKYAQ&ved=0CAgQ_AUoAQ&biw=1440&bih=766

     http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka
  https://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&ved=0ahUKEwicyp3xorLPAhXBQo8KHVcqAY0QjBwIBA&url=http%3A%2F%2F4.bp.blogspot.com%2F-CYpeA16gsl4%2FTqoXJes4sdI%2FAAAAAAAAAIM%2FCSB5r_wzVRY%2Fs1600%2Fpic2.jpg&psig=AFQjCNHZtzJd1gBy__OJP1YtevLEuwI9kw&ust=1475158517100625

        http://cikgungasri.blogspot.com/2012/03/islam-di-melaka.html



LAMPIRAN






Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH DAN POLITIK DI TANAH MELAYU